Syarat Pinjaman
Pengubahsuaian rumah kediaman yang pembelian atau pembinaannya telah dibiaya atau diselesaikan melalui kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam.
- Pinjaman ubahsuai hanya dibenarkan sekiranya melibatkan penambahan keluasan bangunan .
- Tiada tunggakan bayaran balik pembiayaan ke atas hartanah yang telah dibiaya/ diselesaikan melalui kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam;
- Amaun kelayakan adalah perbezaan antara kelayakan semasa dengan amaun yang telah diambil atas pembelian hartanah pertama tertakluk kepada ansuran bayaran balik bulanan tidak melebihi 50% (termasuk bayaran balik pertama) daripada pendapatan bersih yang diambilkira oleh Lembaga
- Pemohon yang juga pemilik bersama dibenarkan untuk mengemukakan permohonan
- Sekiranya hartahan rumah dan hakmilik mesti adalah Hakmilik individu di atas name pemohon
Pemohon mestilah Warganegara Malaysia dan berkerja sebagai org kerajaan ,Pegawai tetap yang sedang berkhidmat ,Telah berkhidmat sekurang-kurangnya satu (1) tahun dan telah disahkan dalam jawatan.
Bukan seorang bankrap atau siberhutang hukuman atau seorang yang tidak berkemampuan kewangan atau sedang diambil tindakan tatatertib bagi tujuan buang kerja.
Pinjaman kedua melalui LPPSA mestilah pinjaman yang pertama
Tempoh masa sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum bersara